Rabu, 18 November 2015

Adakah Cinta Itu Fitrah??

                                               CINTA!? 

                                                      
BISMILAAHIROHMANIRRAHIM..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. ^^,

Teruja kan kome nak dengar tentang cinta ni..haa jom sesama kita baca "Apakah Cinta itu Fitrah"..
hasil dari TARBIAH SENTAP..sentapan utk diri sendiri dan kalian yang sedang membaca..
sesama muhasabah diri okay..!

Bila cakap pasal cinta semua laju jer nak dengar..laju jer nak tahu..laju jer nak baca skroll sampai ke bawah..kan kan ,,betul kan..?//

BIla sebut bab sosial,bab ikhtilat semua,kita tak boleh lari dari isu cinta dan couple. Sebab ianya sangat terkait..

Terus terang saya cakap, hari ini, masalah masyarakat khususnya remaja dan belia ialah berkenaan isu CINTA.. Yang mana hasil dari masalah ini lahirlah remaja dan belia yang lemah,,jiwa kosong,,cepat down,,takde matlamat jelas,,terumbang ambing,, tak mampu memberi manfaat untuk umat,,anak derhaka,,zina berleluasa,,memberi fitnah pada agama dan lain lain. Puncanya ialah CINTA..!

Tak kisahlah yang sekolah agama atau tak,, yang berkopiah bertudung labuh atau tak,,banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ini. Haish..Tension gakla..serius..

Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabt dah berkorban macam2,,menangis tiap2 malam,, bermandi darah unuk bina umat, tapii hari ini, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara2 yang memalukan.

Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu sentuh emosi yg merepek2 padahal kita sendiri tak faham maknanya..Dahlah kome..buang masa ja semua tu.. >< .. Sungguh cukup memalukan. Kalau nabi tengok umat hari ini, memang nabi nangis teresak esak..kome tak sedih ka apa yang berlaku kat umat islam pada hari ini yg islam hanya atas kad pengenalan..Allah.. :(

Semuanya hancur, hancur!,,hanyut dengan Cinta..Kemudian bila di tegur,,masing masing menggunakan alasn agama untuk membenarkan dosa!!Alasan yang biasa orang guna ialah..:

"Apa salahnya bercinta??CInta Itu Fitrah! Yang penting tak lupa Allah dan Rasul.."
 Muhasabah diri tu semula..
So, saya nak kemukakan satu persoalan. : "Adakah Cinta Itu Fitrah?"

Disebabkan ramai guna hujah ini maka topik kali ini bertujuan untuk SENTAP mereka2 yang selalu guna hujah ini, seterusnya memberi penerangan secara jelas tentang isu ini.. Moga moga ramai yang dapat faham!
                                               
                                            

Apa Itu Fitrah?

Firstly,,saya nak terangkan dulu , apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakukan salah faham. So,fitrah tu?

"Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang.."
Contoh sifat fitrah ialah inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain lain. Semua sifat ini, tak payah belajar , tak payah berguru pun, semua orang akan ada sifat sifat ini.

Semua orang ada sifat sifat ni,, Hatta, Atheis yang kononya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada seorang atheis masuk islam, dia cerita macam mana dia masuk islam :


"Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit minta tolong kerana terlalu takut.. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas itu, aku teringat yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian aku bertanya kepada orang tentang ALLAH, Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dam masuk islam .!"-Alhamdulillah-

So, setakat ni, faham makna fitrah?

                                          

Fitrah Perlu Diurus?

Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually, FITRAH INI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng dan 'lari dari fritrah'. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat! Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah maknanya dia lari dari fitrah. Cuma persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sana sini? Dan bila kita tegur, dia jawab:

"apa salahnya aku marah? Marah itu fitrah!"

Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah itu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macam mana?? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran , kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana dengan marah baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Al-Khattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk,..hanya Allah yg tahu..Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar sebagai "Al-Farouq", pemisah antara haq dan batil, yang mana, Umar sangat sensitif dan sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab itu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab itu, fitrah perlu di urus.

                                              

Cinta Itu Fitrah?

Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawn. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya mulut, tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu Fitrah. Tapi, ingat cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita disisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush


                                                   



        

Kisah Ratu Syahadah


~RATU SYAHADAH~

ASIAH ISTERI FIRAUN (srikandi islam) -cahaya purnama

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana 
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Fir'aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.


Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir'aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa 
Fir'aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir'aun telah ditolak. 
Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu dengannya. 


Di hadapan Fir'aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir'aun. Kemudian Fir’aun berkata : "Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."



Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat :-

  1. Bahawa Fir'aun harus membebaskan kedua ibu bapanya.
  2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas.
  3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
  4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka.



Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah ingkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.


Pada malam hari, beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir meskipun suaminya Fir'aun. 


Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun. Fir'aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juruhias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.
Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah.


Akhirnya Fir'aun dapat tahu yang Hazaqil telah ingkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. 



Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil.


Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata :-

"Dengan nama Allah binasalah Fir’aun.." 


Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir'aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir'aun dan Fir'aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata :

"Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.."



Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir'aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir'aun dan diberi pilihan iaitu :



  • Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.
  • Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir'aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.. Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT.


Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka. Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu. Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir'aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir'aun dan sanggup mati seperti Masyitah.


Mendengar ucapan Asiah, Fir'aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir'aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran yang m
aksudnya,


"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu : perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata : Wahai Tuhanku..! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir'aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.." 
(At-Tahrim : 11)
 
"SEKIAN>>SEMOGA BERMANFAAT Untuk Kita Semua DUNIA dan AKHIRAT"
~wallahualam..wassalam..^^


cinta Jannah ^^

ASSALAMUALAIKUM:)

Salam perkenalan kepada yang mengenali diri ini..ini catatan pertama ku insan yang bernama Nurul Farhanah Binti Razak ini..semoga kalian yang membaca catatan ini berasa senang dengan kisah hidupku dan sedikit perkongsian ilmu.. :)
Alhamdulillah..masih bernafas untuk memulakan kehidupan..semoga hari esok lebih baik dari semalam dan semalam lebih baik dari hari ini..

sini saya kongsikan sebuah lagu dari kumpulan favroite saya..
fahami liriknya mudah2an kalian mengerti..cinta yang hakiki hanya cinta kepada Allah..
unic atas nama cinta.. <3
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika

Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah

Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta

Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki

Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya