Rabu, 9 Mac 2016

Cara Solat Rasulullah

                              BAGAIMANA SOLAT CARA RASULULLAH??



                                     


TAKBIRRATULIKRAM:
(simbol membuang tentang dunia di belakan ketika mengangkat kedua dua belah tangan)
-menghadap kiblat
-jari menunduk dan terbuka
-ibu jari di cuping telinga

ALLAHUAKHBAR:
ada 3 cara (rujuk pada yg alim supaya mudah mengerti)
-SUNNAH letak tangan kanan di atas tangan kiri..
-(imam syafie)- letak di pergelangan tangan
-(imam abu hanifah)- letak berhampiran dengan siku

kedudukan tangan itu menurut imam shafie letak diatas pusat atau juga boleh letak di bawah pusat..

POSISI MATA:
-jika berada dimasjidil harm (mata melihat pada ka'abah)
-jika berada di tempat yg tidak kelihatan ka'abah (mata mesti lihat di tempat sujud)

RUKUK:

  • jari menghadap kiblat
  • tangan letak tepad pada lutut
  • leher kita ni sejajar dengan tempat sujud
  • badan sama rata contohnya meletakkan beberapa buah buku di atas belakang badan ketika rukuk dan ia tidak jatuh sama sekali..
  • ketika rukuk perbanyakkanlah bertasbih dan bertahmid.
POSISI KAKI:
-menghadap kiblat
-jarak kaki mestilah tidak terlalu besar

ATTOMA'NINAH:
-dengan membaca doa "samiALLAhulimanhamidah"(tangan disunatkan ke bawah)
-selepas itu bacalah "robbanalakalhamdu"

SUJUD:
-ketika hendak turun dari rukuk ke sujud janganlah kamu turun seoerti seekor unta(tangan turun mendahului lutut kecuali orang yang sakit)sepatutnya lutut itu turun terlebih dahulu dan diikuti kedua tapak tangan..
-kata nabi muhammad saw "perbanyakkanlah berdoa kepada Allah taala ketika berada dalam sujud"

Rasullullah saw bersabda "sunnah umtuk sujud dengan tujuh tulang atau anggota"
iaitu dahi, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua dua jari-jari kaki..

POSISI SUJUD:
-jari kaki ditekan menghadap kiblat
-posisi tangan jatuh sejajar jatuh di bahu
-hidung menyentuh tanah adalah SUNNAH

DUDUK ANTARA DUA SUJUD:.
-duduk atas kakikanan dan kaki kiri tegak dan dibengkokkan jari jari kaki kebelakang agar terkena tanah bukan dibengkokkan pada kukunya..
-boleh juga duduk dalam keadaan kaki silang, solatnyya tidak batal tetapi ia bukan sunnah rasulullah..

TAKHYAT AWAL:
- duduk atas tapak kaki kiri sementara itu kaki kanan tegak..

TAKHYAT AKHIR:
-kaki kiri letak ke tanah sementara itu kaki kanan tegak dan jari dibengkokkan kebelakang sedikit..

POSISI TAHYAT AKHIR:
-ibu jari sentuh pada jari telunjuk atau ibu jari sentuh pada jari tengah..
-jari telunjuk hendaklah dibengkokkan sedikit jangan terlalu lurus..
-angkat jari telunjuk sedikit dalam keaddan bengkok sedikit ketika bacaan tahyat awal@akhir yakni ashhaduallailla "haillallahwashhaduannamuhammadurrasulullah
menurut (imam shafie)-gerakkan jari telunjuk sekali sahaja..

MEMBERI SALAM:
-menyebut "assalamualaikum"(ketika ini kepala arah kiblat..selepas perkataan kum terus berpaling memberi salam ke kanan,,begitu juga perilaku cara salam kekiri..
-jangan mengangguk dalam memberi salam kanan dan kiri ia boleh membatalkan solat kerana perbuatan itu melebihi 3 kali pergerakan,, hati hati ya.. ^^.

tertib... ^^,
segala kekurangan harap saling memperbetulakan..
di galakkan merujuk dengan orang yg lebih alim jika tidak memahami perkongsian saya di atas..
semoga kita semua tergolong di kalangan orang yang beriman..dan di jauhkan daripada azab api neraka..
syukran kepada yg sudi membacanya..
semoga bermanfaat..
hasil tulisan;
Nurul Farhanah ^^

wallahualam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan